Thursday, October 27, 2011

Teater SMART

Pasukan teater SMK Taman Keramat telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke pertandingan teater peringkat daerah. Mereka telah mempersembahkan teater muzikal bertajuk Hikayat Cinta dan diarahkan oleh saudara Amar Reza bin Zainalabidin. Mereka telah menjalani latihan selama 3 bulan. Pertandingan teater yang telah diadakan di SMK Seri Selayang itu telah membolehkan Pasukan SMART merangkul anugerah Johan dan produksi terbaik di samping memenangi anugerah lain seperti anugerah pelakon pembantu wanita terbaik, pelakon wanita terbaik dan pengarah terbaik.

Perjuangan diteruskan sehingga ke peringkat negeri bertempat di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang Sabak bernam. Persembahan mereka berjalan dengan lancar. SMK Taman Keramat sekali lagi dapat berbangga dengan anugerah Naib Johan dan anugerah pelakon wanita terbaik yang dirangkul oleh Pasukan Teater SMART. Seramai 5 orang pelajar SMK Taman Keramat kemudiannya telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan di Port Dickson.

Disediakan oleh,

Amar Reza bin Zainalabidin, 5 Dinamik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...