Thursday, October 27, 2011

PENDAKIAN KE BUKIT BROGA DAN LAWATAN KE SMK DUSUN NANDING

Pada 17 dan 18 Jun 2011, satu pendakian ke Bukit Broga, Semenyih dan lawatan ke SMK Dusun Nanding, Hulu Langat telah diadakan oleh para pengawas sukan dan guru-guru SMK Taman Keramat. Pendakian bermula pada seawal jam 6.30 pagi. Pendakian ke puncak Bukit Broga tersebut mengambil masa selama satu jam. Setelah berehat melepaskan lelah dan menyaksikan pemandangan yang indah di puncak Bukit Broga, para pendaki telah turun dari puncak tersebut dan berkumpul semula di bas.

Perjalanan diteruskan pula ke SMK Dusun Nanding. Ustaz Abu Mansor telah memulakan acara dengan bacaan doa. Kemudian, para pelajar diberi peluang untuk menjamu selera sebelum dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah tersebut. Acara diteruskan dengan perlawanan persahabatan antara para pelajar dan guru SMART dan SMKDN. Para guru dan pelajar lelaki bermain futsal manakala para guru dan pelajar perempuan bertemu dalam permainan bola jaring. Para pelajar akhirnya kembali ke SMART pada pukul 2.30 petang. Diharapkan agar aktiviti sebegini akan terus diadakan bagi memberi suatu pengalaman kepada para pelajar dan guru.

Disediakan oleh,

Noor Farrah Nadia Binti Md Radzi, 4 Bestari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...