Thursday, October 27, 2011

PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK SPM 2010

Hanisah binti Hasnan yang merupakan anak kepada Hasnan Bin Salleh dan Ike Indrijati Binti Sugijanto telah berjaya dilahirkan pada 24 Januari 1993. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 4 orang adik-beradik. Beliau adalah pelajar yang cemerlang dalam akademik. Buktinya beliau telah mendapat 5A dalam UPSR, 8A dalam PMR dan dengan usahanya yang tidak putus-putus, beliau telah berjaya mendapat 8A+ 2A dalam SPM. Beliau juga telah berbakti kepada sekolah dengan menyertai pelbagai kegiatan seperti Pertandingan Catur Peringkat Kebangsaan, Ridsect Johan Peringkat Kebangsaan, dan ePPDA Powerpoint Naib Johan Peringkat Daerah. Baginya kedua ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan adalah pemberi dorongan dan sokongan sepanjang beliau belajar. Ibu bapa beliau juga telah menyediakan semua kemudahan untuk belajar iaitu buku-buku rujukan,bilik belajar yang selesa di samping sentiasa mendoakan kejayaan beliau.

Nasihat beliau, belajar mestilah konsisten, mesti ada jadual, beri perhatian semasa guru mengajar dan bertanya jika tidak faham. Di samping itu beliau juga menasihati supaya selalu solat hajat dan berdoa dengan Allah supaya memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat. Di kesempatan ini beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan adik-beradik yang telah banyak memberi dorongan. Juga kapada guru-guru yang tidak pernah jemu mengajar dan akhir sekali kepada rakan-rakan yang telah memberi kata-kata semangat sepanjang beliau belajar di sini. Beliau berharap agar semua warga SMART menjadi insan yang berjaya dalam semua bidang di dunia dan di akhirat. Kata akhir daripada beliau ialah “set your goal and make your own way to achieve it!”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...