Thursday, October 27, 2011

MAJLIS PERSARAAN PN.RUHAYA ALIAS PEMBANTU MAKMAL

Pada tanggal 12 Ogos 2011 bersamaan hari Isnin, telah diadakan satu majlis perpisahan bersempena dengan persaraan Pn.Ruhaya bt. Alias selaku pembantu makmal SMK Taman Keramat.

Ustaz Mahadi telah memulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al-Quran.Seterusnya, En.Nik Shahrolalif,Tuan Pengetua, dan Puan Ruhaya binti Alias telah dijemput untuk memberikan ucapan.

Majlis kemudiannya dimeriahkan lagi dengan acara pendeklemasian sajak oleh saudara Amar Reza bin Zainal Abidin daripada (5 Dinamik) dan Encik Mat Zaib.

Dalam ucapannya, Puan Ruhaya binti Alias berharap agar semua pelajar SMART dapat mengharumkan nama sekolah.Beliau berhasrat agar para pelajar menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Ribuan terima kasih kami utarakan kepada beliau di atas kebaikan dan kecemerlangan prestasi beliau ketika berkhidmat di SMK Taman Keramat.

Disediakan oleh,

Noor Farrah Nadia binti Md Radzi, 4 Bestari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...