Thursday, October 27, 2011

HARI KARNIVAL KERJAYA DAN KOPERASI

Pada hari Ahad bersamaan dengan 26 Jun 2011, SMK Taman Keramat telah mengadakan karnival Hari Koperasi, Hari Kokurikulum dan Hari Kerjaya. Pada pukul 7.40 pagi, para pelajar telah berkumpul dan mengambil kedatangan. Pelajar mulai mempersiapkan gerai jualan masing-masing. Karnival dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Sulaiman Bin Talib. Seterusnya, ucapan perasmian telah disampaikan oleh YDP PIBG, Encik Lokman Bin Hj Md Nasir.

Pada pukul 10.00 pagi karnival tersebut telah diserikan dengan kedatangan Juara Akedemi Fantasia iaitu Hazama yang juga merupakan bekas pelajar SMK Taman Keramat serta kehadiran Ana Raffali yang memeriahkan lagi karnival tersebut. Seterusnya, Hazama dan Ana Raffali telah mengadakan persembahan dan beramah mesra bersama para guru dan pelajar SMK Taman Keramat.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti gerai jualan oleh para pelajar dan guru, persembahan teater, rumah misteri, dan kuiz koperasi. Terdapat juga pertandingan sukan seperti futsal.

Seterusnya karnival diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Para guru dan pelajar mulai mengemas gerai dan membersihkan kawasan sekolah. Karnival akhirnya tamat pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh,

Noraisha Binti Rosman, 4 Cerdas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...