Thursday, October 27, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG KALI KE-26


Pada hari Sabtu bersamaan 26 Mac 2011, SMK Taman Keramat telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang kali ke-26.Acara dimulakan sejurus selepas ketibaan tetamu kehormat iaitu Dato’ Haji Ismail bin Kijo.Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ustaz Sulaiman.


Selesai bacaan doa, En. Mursiedy bin Abdul Hamid selaku pengetua SMK Taman Keramat telah menyampaikan ucapannya dan diikuti dengan sepatah dua kata daripada YDP PIBG iaitu En. Ramli bin Salam serta ucapan perasmian daripada tetamu kehormat iaitu Dato’ Haji Ismail bin Kijo.

Seramai 34 orang pelajar PMR dan 43 orang pelajar SPM dianugerahkan anugerah pelajar cemerlang 2010 di samping para penerima anugerah lain.Semoga penghargaaan tersebut dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus maju.

Disediakan oleh,

Noor Farrah Nadia bt. Md Radzi , 4 Bestari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...